PENDAHULUAN Petemuan Guru Nusantara (PGN) merupakan aktiviti dwitahunan yang dijalankan secara bergilir-gilir oleh negara yang terlibat iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. ( Kertas Kerja Pertemuan Guru-guru Nusantara Ke-10 , KGMMB, 2004) Usaha menyatukan kesatuan guru di Nusantara dalam satu program yang dinamakan Pertemuan Guru-guru Nusantara ini merupakan cetusan idea Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB). Pada tahun 1982, KGMMB berjaya mendapat sokongan dan persetujuan tiga kesatuan guru di Nusantara iaitu Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura (KGMS), Persatuan Guru-guru Melayu Indonesia (PGRI) dan Persatuan Guru-guru Melayu Brunei Darussalam (PGGMB). (Presiden KGMMB,(t.t.), Sejarah Perjuangan Guru Melayu, hlm. 12). Program PGN melibatkan aktiviti pembentangan kertas kerja, forum, persembahan kebudayaan dan lawatan sambil belajar. Dato' Mohamad Sabri, Presiden KGMMB sedang membentangkan kertas kerja di PGN Ke-16 di Singa...
Memaparkan Maklumat, Faedah Kepada Ahli dan Aktiviti Persatuan Guru Melayu Pulau Pinang Dan Seberang Perai & Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat Cawangan Pulau Pinang