Skip to main content

Posts

PERTANDINGAN BOLING TERTUTUP KGMMB CAW PULAU PINANG DAN PGMPPS 2019 Pertandingan boling ini dianjurkan oleh KGMMB caw Pulau Pinang dan PGMPPS pada 30hb Julai 2019 bertempat di Megamall Bowling Centre Prai.Pertandingan yang julung kali diadakan bertujuan untuk menarik minat guru muda menyertai KGMMB. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Tn Hj JUhari Bin Muhamad Nor, Pengerusi KGMMB Caw Pulau Pinang.
PROGRAM BUAL MESRA TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG BERSAMA KGMMB CAW PULAU PINANG DAN PGMPPS Program tersebut telah diadakan pada 26hb Julai 2019 bertempat di Hotel Vistana Bukit Jambul Pulau Pinang. Program ini dihadiri oleh Tuan Abdul Rashid Bin Abdul Samad, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang. turut serta Presiden KGMMB, Pengerusi KGMMB caw Pulau Pinang serta ahli-ahli KGMMB caw Pulau Pinang dan PGMPPS. Program diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin.
Persatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai ( PGMPPS ) bersama Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat ( KGMMB ) Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan satu sesi kunjungan Hormat kepada TYT  Tun  Dato’ Seri Utama ( Dr ) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas Yang di-Pertua Pulau Pinang pada 18hb Jan 2019. Kunjungan tersebut turut dihadiri oleh Tuan Presiden KGMMB Cikgu Jasni Bin Md Kechik serta Pegawai-pegawai Kanan KGMMB. Pihak PGMPPS dan KGMMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tun Dato’ Seri Utama ( Dr ) Haji Abdul Rahman atas kesudian menerima kunjungan pihak PGMPPS dan KGMMB .
KGMMB ZAHIRKAN HASRAT BANTU MENTERI PENDIDIKAN Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) telah mengadakan sesi kunjungan hormat terhadap Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik di Parlimen Malaysia tengah hari tadi. Seramai 9 orang Ahli KGMMB termasuk Timbalan Presiden KGMMB, Mohd Said bin Hussin hadir untuk berbincang bersama-sama YB Dr. Maszlee isu -isu pendidikan yang boleh dilibatkan peranan kesatuan guru seperti KGMMB ini. YB Dr. Maszlee ketika berucap menzahirkan ucapan terima kasih kepada KGMMB kerana menawarkan diri bagi membantu kementerian dan beliau khususnya dalam meningkatkan mutu dan kualiti Pendidikan Negara. "Kesatuan seperti KGMMB lebih memahami pelajar dan para guru dalam mengendalikan isu pendidikan khususnya di sekolah", kata YB Dr. Maszlee. Justeru YB Dr. Maszlee menyeru lebih banyak Kesatuan guru tampil bagi membantu kerajaan dalam pendidikan di Malaysia. Turut disertai oleh Tuan Hj Juhari bi...
Jalinan Mesra Bersama Dato' Mohamed Sabri Bin Arsad pada 18hb Feb 2018 bertempat di PPD Seberang Perai Selatan
Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Zon Utara Kongres ini adalah anjuran GAPENA & DBP dengan kerjasama PEMENANG, PPD Daerah SPU dan KGMMB Wilayah Utara
Seminar Tramsformasi Keguruan 2018 Seminar ini telah diadakan pada 13hb Feb 2018 di Ummah Hall Sembilang Seberang Jaya