KGMMB ZAHIRKAN HASRAT BANTU MENTERI PENDIDIKAN
Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) telah mengadakan
sesi kunjungan hormat terhadap Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik di
Parlimen Malaysia tengah hari tadi.
Seramai 9 orang Ahli KGMMB termasuk Timbalan Presiden KGMMB,
Mohd Said bin Hussin hadir untuk berbincang bersama-sama YB Dr. Maszlee isu
-isu pendidikan yang boleh dilibatkan peranan kesatuan guru seperti KGMMB ini.
YB Dr. Maszlee ketika berucap menzahirkan ucapan terima
kasih kepada KGMMB kerana menawarkan diri bagi membantu kementerian dan beliau
khususnya dalam meningkatkan mutu dan kualiti Pendidikan Negara.
"Kesatuan seperti KGMMB lebih memahami pelajar dan para
guru dalam mengendalikan isu pendidikan khususnya di sekolah", kata YB Dr.
Maszlee.
Justeru YB Dr. Maszlee menyeru lebih banyak Kesatuan guru
tampil bagi membantu kerajaan dalam pendidikan di Malaysia.
Turut disertai oleh Tuan Hj Juhari bin Mohamad Nor, Pengerusi KGMMB Cawangan P.Pinang merangkap Naib Presiden 111 KGMMB Pusat.
Comments
Post a Comment