Skip to main content
KENYATAAN RASMI KESATUAN GURU MELAYU MALAYSIA BARAT (KGMMB) TERHADAP KES MAHKAMAH CIKGU NOOR IDZAHRIL BIN AHMAD DI MAHKAMAH MAJISTRET SUNGAI JAWI, PULAU PINANG PADA 9 JANUARI 2018 YANG DITUDUH DI BAWAH SEKSYEN 323 KANUN KESEKSAAN.

TUDUHAN TERHADAP CIKGU IDZAHRIL.

Pada tanggal 2 Ogos 2017 merupakan tarikh penting buat seorang warga pendidik yang sangat berdedikasi.Beliau yang dimaksudkan  ialah Cikgu Noor Idzahril bin Ahmad. Pada tarikh berkenaan, Cikgu Noor Idzahril dikatakan telah memukul seorang murid dan selepas itu kes telah dibawa ke Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang di bawahSeksyen 323 KanunKeseksaan.

KGMMB Cawangan Pulau Pinang telah bertindak mengatur satu pertemuan bersama Cikgu Noor Idzahril bagi mendapat maklumat kes tersebut yang telah di bawa ke Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang di bawahAkta 323 Kanun Keseksaan. Pertemuan tersebut telah memberikan gambaran sebenar kejadian yang telah berlaku.

Pertemuan dengan Jawatankuasa KGMMB Pulau Pinang denganCikgu Noor Idzahril telah ditetapkan di satu lokasi memudahkan Cikgu Noor Idzahril menemui kami.Tepat masa yang dijanjikan, Cikgu Noor Idzahril sampai dengan keadaan basah kuyup kerana beliau menunggang motosikal dalamkeadaan hujan lebat ke pertemuan.Sebak kami melihat sikap sederhana dan tertib dalam perwatakannya selain tenang dalam berbicara.Dalam ketenangan tersebut hanya Allah S.W.T mengetahui betapa resah dan gelisah yang beliau alami.

Untuk rekod, Cikgu Noor Idzahril didakwa kali pertama pada 11 Disember 2017.Mengimbas perbicaraan kali pertama tersebut, Cikgu Noor Idzahril telah diarahkan oleh Hakim supaya diikat jamin sebanyak RM 4000.00 . Beliau telah dimasukkan ke dalam lokap mahkamah sebelum dijamin oleh isterinya.Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila ditempat bersama penjenayah yang berlawan dengan polis,menyimpan dadah serta peminum air ketum.

Berita ini amat menyedihkan warga pendidik di seluruh Negara kerana pada sesi yang sama  terdapat beberapa kes yang turut dibacakan pertuduhan serta nilai ikat jaminmasing-masing. Mengambil contoh beberapa kes antaranya kes pukul dan kes dadah dibenarkan tertuduh diikat jamin di bawah RM3000.00 tetapi agak menyedihkan bagi seorang guru yang mendidik dan berkorban masa dan tenaga apabila berhadapan dengan tuduhan sedemikian dibenarkan ika tjaminan sebanyak RM4000.00
Pada tarikh 26 Disember 2107, beliau sekali lagi didakwa dihadapkan ke mahkamah yang sama.Namunsebutan kes itu ditangguh lagi kerana didapati tidak ada laporan perubatan.Oleh itu tarikh baharu yang diberikan ialah pada 9 Januari 2018.

Tidak ada seorang guru yang ingin mencederakan muridnya.Semuanya dengan niat yang ikhlas untuk mendidik muridnya menjadi anak didik yang berdisiplin dan berjaya pada masa hadapan. Kami ama bersimpati kepadaCikgu Noor Idzahril dan mengharapkan masih ada peluang dan ruang untuk diselesaikan secara rundingan.Peristiwa seperti Cikgu Idzahril boleh berlaku kepada sesiapa saja yang bertugas sebaga iseorang guru di sekolah. Guru sewajarnya didekati oleh ibu bapa dan masyaraka untuk sama-sama membantu melahirkan murid yang cemerlang dalam semua aspek merangkumi Jasmani, Emosi, Rohani dan juga Intelek.


SIAPA CIKGU NOOR IDZAHRIL BIN AHMAD

1.            Cikgu Noor Idzahril ialah ahli KGMMB .Beliauberumur 52 tahun dan telah berkhidmat dalam bidang perguruan selama 29 tahun.Beliau mempunyai seorang isteri dan 3 orang cahaya mata.

2.            Dalam bidang tugas hakiki, beliau ialah seorang guru mata pelajaran Bahasa Inggeris yang berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

3.            Murid-murid amat meminati dan selesa dengan cara pengajarannya menggunakan pedagogi yang baik bagi mata pelajaran yang diajar selain beliau tidak pernah bersikap pilih kasih apatah lagi bersikap diskriminasi terhadap mana-mana murid dari segi kaum  mahupun agama.

4.            Kecemerlangan Cikgu Noor Idzahril dibuktikan melalui Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diperoleh padaTahun 2008 danTahun 2016.

5.            Sepanjang 29 tahun perkhidmatan, Cikgu Noor Idzahril tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib.

6.            Selain itu juga, Cikgu Noor Idzahril merupakan seorang Guru Pemeriksa Kertas Bahasa Inggeris dari tahun 2005 hingga tahun 2017.

7.            Dalam bidang Hal Ehwal Murid, Cikgu Noor Idzahril pernah menjawat Jawatan Guru Disiplin sekolah menengah dan sekolah rendah selama 15 tahun.

8.            Cikgu Noor Idzahril turut member sumbangan dalam bidang Pengawasan Peperiksaan.Beliau adalah merupakan Ketua Pengawas Peperiksaan UPSR dari tahun 2012 hingga 2017, Ketua Pengawas STPM tahun 2016, Timbalan Ketua Pengawas STPM selama 2 tahun dan juga Pengawas SPM selama 4 tahun.

9.            Sumbangan lain Cikgu Noor Idzahril adalah sebagai Pemeriksa Kertas BahasaMelayu PMR selama 2 tahun serta Penguji Ujian Lisan SPM juga selama 2 tahun.

10.          Dalam bidang kokurikulum pula, Cikgu Noor Idzahril merupakan Pengadil Pertandingan SepakTakraw MSSPP selama 7 tahun, AJK Teknik Memanah MSSPP selama 10 tahun, AJK Perahu Layar selama 4 tahun, Petugas Olahraga MSSPP selama 3 tahundan AJK Pertandingan memanah dalamKejohanan MSSPP, MSSM, SUKPEN dan SUKMA.

11.          Beliau juga aktif sebagai pemain Bola Tampar PESSCA Daerah selama 1 tahun.

12.          Selain itu, Cikgu Noor Idzahril juga pernah menjawat jawatan sebagai Warden Asrama selama 3 tahun.

13.          Cikgu Noor Idzahril juga memegang jawatan AJK bagi unit LDP di PKG Sungai Bakap dan PKG Nibong Tebal.

Banyak lagi sumbangan Cikgu Noor Idzahril yang  tidak disenaraikan sepanjang 29 tahun perkhidmatan beliau. Hanya kerana satu tuduhan ini mungkin akan menyebabkan beliau dikenakan tindakan berhenti kerja ,tidak menerima sebarang imbuhan dan pencen malahan hilang segala-galanya.




PENDIRIAN KESATUAN GURU MELAYU MALAYSIA BARAT (KGMMB) TERHADAP ISU CIKGU NOOR IDZAHRIL BIN AHMAD

1.            Pihak KGMMB akan member sokongan penuh kepada Cikgu Noor Idzahril dengan membiayai kos guaman bag iberhadapan dengan tuduhan di bawahAkta 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Jawi pada Hari Selasa, 9 Januari 2018.

2.            KGMMB menyeru semua warga pendidik, PIBG, NGO dan Orang Awam mendoakan Cikgu Noor Idzahril dibebaskan daripada tuduhan tersebut danbersama-sama hadir ke MahkamahMajistret Jawi 9 Januari 2018   sebagai tanda sokongan dan solidarity kepadaCikgu Noor Idzahril .

HIDUP BERBAKTI

KGMMB

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Persatuan Guru Melayu Pulau Pinang

Seiring dengan kesedaran kebangsaan yang mula pada awal abad ke-20, maka lahirlah persatuan guru yang pertama di Pulau Pinang. Persatuan ini dikenali sebagai Persakutuan Guru-guru Melayu Pulau Pinang dan Jajahannya (PGMPPJ). Kesatuan ini dibentuk pada tahun 1920 melalui usaha beberapa orang guru antaranya Mohammad bin Hj. Abdul Mutalib, Muhammad Zain bin Haji Ayub dan Che Cik bin Tajuddin. Pada masa terbentuknya PGMPPJ, ahli yang terkumpul seramai 240 orang. Mereka terdiri daripada guru-guru lepasan Maktab Teluk Belanga seramai 30 orang dan Maktab Melaka seramai 110 orang. Manakala selebihnya merupakan guru-guru tidak terlatih. Cikgu Muhammad Zain Haji Ayob Pengasas PGMPPJ Idea pembentukan persatuan ini diilhamkan daripada pertemuan bulanan yang berlaku semasa para guru datang ke Chowrasta, George Town untuk mengambil gaji. Para guru datang dari seluruh Pulau Pinang, Seberang Perai, Din- ding dan Pangkor yang dianggap sebagai salah sebuah Negeri Selat. Pada masa itu mereka b...

Sejarah Penerbitan Panduan Guru PGMPPS

Pada 3 Mac 1922, satu mesyuarat diadakan dengan mengambil keputusan menerbitkan sebuah majalah sebagai wadah perjuangan PGMPPJ. Hal ini berlaku kerana penglibatan aktif dalam kalangan guru menghasilkan penulisan dalam akhbar-akhbar. Mesyuarat tersebut menerima beberapa cadangan nama lain selain  Panduan Guru  antaranya  Asohan Guru, Kemajuan Guru, Pemimpin Guru, Tunas Guru, Lidah Melayu, Kemajuan Bangsa, Benih Perasaan  dan  Suloh Melayu . Mesyuarat kedua pada 30 Jun 1922 menetapkan nama yang dipilih iaitu  Panduan Guru . ( Jubli Emas , 1972: 23) Dalam mesyuarat awal pada 3 Mac 1922, jawatankuasa penerbitan dibentuk yang mana Cikgu Husain bin Abd. Rashid dilantik sebagai penyunting dan Cikgu Md Saman Haji Said sebagai penolong penyunting. Dari setiap cawangan pula dilantik wakil-wakil penulis seperti Md Zain bin Abdullah (Bandar), Md Yusof Zainal (Bayan Lepas), Husain Abdul Rashid (Balik Pulau), Bahaudin Zainal (Penaga), Din Sulaiman (Permatang Pauh), ...

Kenali Tokoh Persatuan Guru Melayu Pulau Pinang

Cikgu Mohamad Nor Ahmad Latar Belakang dan Pendidikan Cikgu Mohamad Nor dilahirkan di Pulau Pinang pada 2 November 1911. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gopeng bermula pada tahun 1918. Pada tahun 1923, beliau belajar di Sekolah Melayu Chowrasta, Pulau Pinang dan pada tahun 1925, beliau bersekolah di Sekolah Sungai Gelugor hingga tamat darjah empat. Beliau mendapat pendidikan yang lebih tinggi di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak pada tahun 1929. Pada tahun 1931 Cikgu Mohamad Nor menamatkan pengajian di SITC dengan mendapat kelulusan Pangkat II. Bagi memantapkan lagi diri dengan pengetahuan dan kemahiran, Cikgu Mohamad Nor melanjutkan latihan mengajar Pendidikan Jasmani selama setahun pada tahun 1932. Perkhidmatan Sebagai Kakitangan Awam Perkhidmatan bermula sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian di Sekolah Melayu Gelugor. Beliau terpilih untuk mengajar di sekolah tersebut sebagai guru pelatih. Pada tahun 1929, Cikgu Moham...