Pada 3 Mac 1922, satu mesyuarat diadakan dengan mengambil keputusan menerbitkan sebuah majalah sebagai wadah perjuangan PGMPPJ. Hal ini berlaku kerana penglibatan aktif dalam kalangan guru menghasilkan penulisan dalam akhbar-akhbar. Mesyuarat tersebut menerima beberapa cadangan nama lain selain Panduan Guru antaranya Asohan Guru, Kemajuan Guru, Pemimpin Guru, Tunas Guru, Lidah Melayu, Kemajuan Bangsa, Benih Perasaan dan Suloh Melayu . Mesyuarat kedua pada 30 Jun 1922 menetapkan nama yang dipilih iaitu Panduan Guru . ( Jubli Emas , 1972: 23) Dalam mesyuarat awal pada 3 Mac 1922, jawatankuasa penerbitan dibentuk yang mana Cikgu Husain bin Abd. Rashid dilantik sebagai penyunting dan Cikgu Md Saman Haji Said sebagai penolong penyunting. Dari setiap cawangan pula dilantik wakil-wakil penulis seperti Md Zain bin Abdullah (Bandar), Md Yusof Zainal (Bayan Lepas), Husain Abdul Rashid (Balik Pulau), Bahaudin Zainal (Penaga), Din Sulaiman (Permatang Pauh), ...
Comments
Post a Comment