Persatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai ( PGMPPS ) bersama Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat ( KGMMB ) Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan satu sesi kunjungan Hormat kepada TYT Tun Dato’ Seri Utama ( Dr ) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas Yang di-Pertua Pulau Pinang pada 18hb Jan 2019. Kunjungan tersebut turut dihadiri oleh Tuan Presiden KGMMB Cikgu Jasni Bin Md Kechik serta Pegawai-pegawai Kanan KGMMB. Pihak PGMPPS dan KGMMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tun Dato’ Seri Utama ( Dr ) Haji Abdul Rahman atas kesudian menerima kunjungan pihak PGMPPS dan KGMMB .
Memaparkan Maklumat, Faedah Kepada Ahli dan Aktiviti Persatuan Guru Melayu Pulau Pinang Dan Seberang Perai & Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat Cawangan Pulau Pinang